
Sulit
3 tahun
Period dan perancang hamil
Hai dokter , saya berumur 26 tahun dan mempunyai anak seorang berumur 3 tahun . Saya nak tanya period saya bulan lepas sepatutnya 28/5 , tiba tiba 31/5 period saya , Adakah ia tidak normal ? Dan boleh ke saya mengandung buat kali ke 2 . Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda mengalami masalah haid lewat beberapa hari daripada tarikh yang sepatutnya dan ingin mengetahui adakah anda boleh hamil kali kedua. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, masalah haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Namun, ia juga boleh disebabkan beberapa perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lebih lanjut mengenai status kehamilan anda .
Semoga penerangan ini dapat membantu anda. Sila hubungi pihak kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi