
nurfatineddy
4 tahun
Period datang awal dari tarikh
hi doktor , saya 24 y/o saya baru je berkahwin 10/10 then my cycle period 20/10 datang macam biase and exactly tarikh cycle yang sepatutnye but this month period datang awal but tak macam biase just keluar tompokan coklat for 2 day no blood but 2 hari lepas i terkena jangkitan kuman pada air kencing adakah tu salah satu sebab tompokan coklat. i ingat i pregnant but i cek upt negative and i tak lewat period tapi terawal period . adakah ada kemungkinan i pregnant even upt negative?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala, warna haid yang gelap berkemungkinan disebabkan aliran yang perlahan atau darah lama. Bagi mendapatkan kepastian tentang perihal kehamilan dan upt, seeloknya anda melakukan pemeriksaan di klinik berhampiran anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat . Terima kasih.