
Sulit
5 tahun
Period datang lewat selama 10hari
Saya berusia 27thun…saya melahirkan ank ke 2 yy berusia 1thun 6bln…selalu priod saya akan datang selepas habis ubat perancang selepas 4hari tetapi hari ni dah masuk hari ke 10 masih belum datang haid…saya dah buat test prgnt 2kli dan ianya negetif …dan saya ada mengambil ubat datang haid dan dah mkn selama 5hari tapiasih belum datang…adakah saya mengandung…xdak apa2 saya tidak pasti adakah sya mngndung

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau servik
Kehamilan boleh menjadi faktor haid lewat. Namun, jika anda telahpun memeriksa sebanyak 2 kali dan keputusannya negatif, kebarangkalian untuk kehamilan adalah amat rendah. Anda boleh periksa sekali lagi untuk kepastian. Uji pada waktu pagi dan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.