
Anonymous
5 tahun
Period Datang Lewat
Saya wanita 20an, sebelum ni saya period memng setiap bulan datang. Tapi bulan 5 saya tak datang period. Saya check dekat doktor dia kata kencing saya ada kuman dan kencing tak lawas so tuu menghalang period saya. After that bulan 6, saya ada tanda nk period mcm dada sakit tapi tak keluar period. Saya pergi jumpa doktor , doktor bgi ubat norcolut makan untuk 3 hari. Harini dah hari ketiga saya dah stop makan ubat tuu tapi period saya still tak datang. Apa langkah selanjutnya yang saya perlu buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca haid lewat antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kembali kepada doktor agar penyiasatan lanjut dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.