
Sulit
5 tahun
Period datang selang seminggu sekali
Saya berumur 35 tahun… pada hjg bln 10 baru nih sy telah didatangi period salama seminggu kemudian selang seminggu sy free sy didatangi sekali lg period slama seminggu… slps seminggu sy free sy didatangi sekali lg period… kiranya dlm tempoh tersebut sy didatangi sebnyk 3 kali period sdgkan slama ini tidak prnh berlaku pekara sebegini… ini amar merisaukan sy… bole doktor terangkan samada pekara ini merbahaya tau tidak dan bagaimana utk mendptkan rawatan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan awal apabila haid seterusnya datang lebih cepat dari 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada pertanyaan tentang menopaus, menopaus adalah masa apabila haid wanita berhenti secara kekal. Menopaus adalah disahkan selepas 1 tahun tanpa haid. Umur purata menopaus adalah 51 tahun, tetapi julat normal ialah 45 tahun hingga 55 tahun. Tahun-tahun yang sampai ke tahap ini dipanggil perimenopause yang bermaksud “sekitar menopaus.” Fasa ini boleh bertahan sehingga 10 tahun. Justeru, usia 35 boleh jadi tahun bermula kejadian ini sekiranya penyebab-penyebab diatas tidak berlaku. Semasa perimenopause, pergeseran dalam tahap hormon boleh menjejaskan ovulasi dan menyebabkan perubahan dalam kitaran haid.
Untuk pengetahuan anda, semasa perimenopause, tahap hormon mungkin tidak mengikuti pola normal. Akibatnya, anda mungkin mengalami pendarahan atau spotting yang tidak teratur. Selama beberapa bulan, haid anda mungkin lebih lama dan lebih berat. Untuk beberapa bulan lagi, ia mungkin lebih pendek dan lebih ringan. Bilangan hari antara haid juga boleh meningkat atau berkurang. Anda mungkin mula berhenti mendapat haid.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.