
Sulit
4 tahun
Period Delay Adakah Hamil
Selamat Sejahtera,
Tujuan untuk memastikan sama ada saya hamil atau tidak.
Period terakhir : 21/3/21-25/3/21 (5 days)
Spotting : 11/4/21-13/4/21 (3 days)
Period sudah lewat 5 hari, dan tanda2 seperti pening2, rasa mual, sakit pinggang dan bawah perut. Tapi bila check Upt, mula2 negative selepas 10-15 minit Upt jadi positif.
Terima kasih doktor.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh hamil namun UPT negatif ataupun mempunyai keputusan UPT samar-samar atau negatif:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim): Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti kandungan anggur ataupun dikenali sebagai molar pregnancy
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.