
Sulit
5 tahun
Period delay consume sunolut
Saya wanita berumur 21 tahun. Saya mengalami masalah period lambat. Last period June, july dan august saya tak period lagi. Saya dh buat pregnancy test& dah jumpa doctor untuk ambil ubat turun darah period which is sunolut. Sekarang dah 5 hari tapi saya still tak period. Saya mengalami sakit perut(cramp) macam nak period 2 hari lepas. Pada 2015 saya consume ubat turun darah dan period saya datang selepas itu. Sekarang untuk sunolut, perlu saya consume lagi or stop sebab dah 5 hari and period still tak datang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan pil Sunolut memerlukan sehingga pengambilan ke hari 25 iaitu habis pek pil untuk memberikan kesan. Sesetengah wanita akan mempunyai penurunan darah haid dengan mengambil sedikit sahaja pil ini manakala sesetengah wanita pula memerlukan penghabisan pek pil untuk melihat hasil tersebut. Terdapat beberapa faktor mengapa haid boleh datang lewat, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.