
Sulit
3 tahun
Period Delay …Saya sudah banyak kali buat pregnancy test tetapi msh negatif
Saya wanita berumur 36 tahun…period sy memang jenis tidak teratur Dan lewat dalam seminggu dua… Masalah sekarang pada 8.10.2021 Saya period…tetapi sehingga kini period sy masih belum datang… Sy sudah buat pregnancy test banyak kali… Sehingga semalam iaitu pada 5.12.2021 resultnya adalah negetif… Boleh Saya tahu apa malahnya disitu ya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Anda juga berkemungkinan sedang hamil walaupun ujian UPT adalah negatif kerana keputusan ini boleh menjadi palsu dalam keadaan tertentu seperti:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan
- Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- Chemical pregnancy
- Pengaruh ubat-ubatan
Sebagai pengetahuan, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan