fizanjaiman
6 tahun
Period delay upt negative
hai sy wanita sudah berjahwin 23tahun. sy sudah delay period 14days. sy ada buat upt bfore due period sbb ada brownish spotting . upt weak positif. then after delay period 12day sy test upt again and guna clear blue digital negative . sy ada bersama suami smalam. slepas bersama ada darah fresh dlm kuantiti sikit sgt… sy ingt period tapi lpas sy basuh takda dah . smpai skrg dah takde … sy risau adakah tanda cyst atau problem lain berkaitan rahim ? utk mkluman pda dec 2018 sy period 2kali. 1st on 6dec to 10dec. then 26dec to 30dec
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan tersebut, anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur. Masalah ini seringkali disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang mengawal kitaran haid. Antara puncanya ialah:
- Tekanan emosi, keletihan
- Aktiviti fizikal yang berat
- Masalah pemakanan
- Masalah pada kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
Ia juga boleh disebabkan masalah pada struktur rahim atau serviks.
Namun begitu, adalah sukar untuk membuat diagnosis tentang punca masalah anda ini dengan hanya maklumat di atas. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan dan juga ujian seperti ujian darah atau pengimejan. Oleh itu, rundingan lanjut adalah diperlukan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan rundingan lanjut melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.
























