
Sulit
4 tahun
Period dtg lewat melebihi 60 hari dan perut sedikit ke depan
Hi, saya wanita berusia 24 tahun. Start bulan 1 sehinggalah hujung bulan 2 ni saya belum datang period lagi. Kali terakhir bersama pasangan, awal bulan 12 dan hujung bulan 12 period seperti biasa. Saya baru melakukan pregnancy test dan disahkan negatif. Tetapi perut saya sedikit ke depan. Saya betul betul musykil samada saya pregnant ataupun ade masalah kesihatan lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lewat haid melebihi 60 hari. Untuk makluman anda, masalah lewat haid bukan hanya disebabkan kehamilan sahaja, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagi masalah perut yang sedikit ke depan, pemeriksaan fizikal adalah penting untuk mengevaluasi perkara tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika masalah ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!