
Anonymous
5 tahun
Period/ haid lambat datang
I ada problem period since mula mula i period. Period i lambat datang. Kadang kadang tiga bulan sekali, empat bulan sekali. Bila datang period jangka masa period tak sampai seminggu pun. Paling sekejap sehari and paling lama 5 hari sahaja. First day period darah normal but bila hari kedua start keputihan coklat. Is it normal? I tak ada ambik any supplements. And berat badan i normal. Berkemungkinan untuk mandul ke doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
Keletihan
Aktiviti harian yang sibuk
Tekanan emosi
Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
Perubahan berat badan mendadak
Penyakit seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
Sekiranya perkara ini membimbangkan anda, haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.