Anonymous
6 tahun
Period hanya datang setahun sekali
doc,sy wanita yang berusia 30tahun dan telah berkahwin.masalah sy selepas berkahwin 4tahun y lepas period sy hanya datang setahun sekali,itu pun jika sy mengambil pil kesuburan.sy telah mendapatkan rawatan di klinik o&g tetapi doc tidak dapat mengesan apa-apa masalah dan hanya menyuruh sy teruskan mengambil pil kesuburan.sekarang,perut sy seperti mengeras dan selalu sakit di bahagian belakang ,sy juga mengalami sakit dibahagian tumit kaki dan selalu kekejangan.sekarang ini walaupun sy mengambil pil kesuburan period sy tetap tidak berlaku.mohon doc berikan sy pandangan atau jawapan.terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda menghadapi masalah tidak datang haid atau dipanggil amenorrhea. Masalah ini boleh terjadi sejak akil baligh dimana wanita itu tidak pernah datang haid. Atau seperti anda, tidak datang haid selepas satu tempoh haid yang normal.
Terdapat pelbagai punca masalah ini.
Keadaan biasa yang menyebabkan tidak datang haid. Anataranya
- Kehamilan
- Menyusukan anak
- Menopos
Masalah kesihatan
- Pengambilan ubat tertentu seperti ubat bagi masalah depresi dan halusinasi
- Kekurangan berat badan
- Terlalu aktif dalam aktiviti fizikal
- Tekanan emosi
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah hormon tiroid atau pituitari
- Premature menopos
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi ini, memandangkan haid anda masih tidak datang walaupun telah mengambil ubat, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Maklumat tentang latar kesihatan anda, sejarah kesihatan perlu didapati serta pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.
























