
Sulit
4 tahun
Period hanya keluar darah fresh dan 3 hari sahaja
Saya shira, 25 tahun. Dr saya nak tanya baru baru ini saya period hanya 3 hari just kemudian stop takda tanda coklat langsung. Kenapa ya? Jika mengandung adakah blh berlaku sbb saya ada melakukan hubungan intim sehari sblm tarikh period sampai.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Namun begitu, sukar untuk kami katakan sama ada perkara yang dialami oleh anda adalah normal ataupun tidak memandangkan maklumat dan pemeriksaan lanjut perlu dibuat dan diketahui.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau haid yang tidak menentu? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.