Sulit
5 tahun
Period isteri lewat selepas 3 bulan
Saya bekerja outstation kebelakangan ini, last time saya bersama isteri pada bulan 9. Sekarang bulan 12 sepatutnya pada tarikh 11/12 dia period tapi sudah hampir seminggu tidak period, bulan 9,10 dan 11 period seperti biasa. Adakah isteri saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa beberapa sebab mengapa isteri anda mengalami masalah haid yang lewat atau tidak teratur seperti:
- Tekanan atau stres
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah ovari seperti polycystic ovarian syndrome
- Ubat-ubatan seperti pil perancang atau suntikan perancang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengatakan isteri anda hamil, anda perlu bersama dengannya sekurang-kurangnya dalam masa dua ke empat minggu sebelumnya dan isteri anda perlu membuat ujian kehamilan untuk melihat keputusannya.
Sekiranya haid isteri anda datang lewat walaupun anda tidak bersama dengannya, kami sarankan anda membawa isteri anda berjumpa dengan doktor untuk disiasat lebih lanjut.
Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

























