
azreen_zulaikha
5 tahun
Period keluar sedikit tetapi lama
Saya wanita 20 an and saya sudah datang period selama 20 hari. Masa datang period darah hanya keluar sedikit berwarna koko gelap. Saya datang period balik selepas seminggu habis period. Apakah pertanda hamil ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid terjadi lebih lama daripada 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari atau berlangsung lebih lama daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih