Sulit
6 tahun
Period lama dan berpanjangan
Sy berumur 33thn. Bru consume pil yasmin utk merancang. Mula mkn pil hari 1st period sampai skrg dh 19hari masih keluar darah. Adakah itu normal@ yasmin xsesuai dgn sy…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pil Yazmin biasanya digunakan untuk:
- Merancang kehamilan
- Jerawat
- Premenstrual dysphoric disorder
Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:
- Mual, muntah.
- Keputihan
- Kulat di faraj
- Sakit payudara
- Gangguan haid
- Pendarahan antara haid
- Penurunan libido
- Peningkatan berat badan.
Memandangkan perdarahan telah terjadi lama, adalah digalakkan untuk anda memeriksakan diri ke doktor kerana dikhuatiri situasi ini akan menyebabkan anda lemah, pening kepada dan kurang darah.
Oleh itu, sila rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih

































