
Sulit
5 tahun
Period lambat 10hari
Saya wanita berusia 22 tahun dan berkahwin. Saya telah missed period selama 10 hari dan saya risau saya hamil. Ini kerana saya tidak lagi bersedia untuk ada anak kerana saya sangat busy dengan kerja. Apabila check tanda tanda awal kehamilan, saya tidak ada sebarang tanda tanda tersebut. Adakah saya hamil? Dan adakah semua ibu mengandung akan mengalami spotting?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kehamilan - anda boleh memeriksanya dengan menggunakan alat ujian air kencing
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Antara tanda awal kehamilan adalah “spotting” berwarna coklat, perut kembung/mengeras serta sakit buah dada. Sekiranya anda berasa ragu-ragu, anda boleh mengambil ujian air kencing untuk mengesahkannya. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.