Sulit
6 tahun
Period lambat 13 hari
saya remaja berumur 19 tahun belum berkahwin dan ada melakukan hubungan seks unprotected pada 18-20/11, tarikh akhir period pada 26/10-1/11, period lewat drpd jangkaan. 2/3 harini keluar darah yang buatkan saya keliru kerana jumlah yang sangat sedikit dan tidak berwarna merah terang seperti darah period yang biasa, seakan warna coklat yg keluar bersama keputihan. apakah yg boleh dilakukan untuk mengelakkan drpd mengandung? saya ada melakukan urine test berdasarkan bahan dirumah tanpa menggunakan pregnancy test dan tidak ada tanda menunjukkan bahawa ianya positive
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























