Sulit
5 tahun
Period lambat 5 hari.. Mengapa ya?
Saya ada bersama suami buat kali yang terakhir pada 8/3 kerana kami tinggal berjauhan buat sementara waktu. Kemudian saya datang haid seperti biasa pada 20/3 dan haid saya berlangsung selama 6 hari. Tetapi untuk bulan ini saya sudah lambat haid 5 hari… Apakah maksudnya itu? Bolehkah saya hamil hasil dari hubungan bulan lepas?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan perut kembung atau perubahan tubuh pula boleh berpunca dari:
- kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Umumnya haid yang pernah berlaku pada 20/3 bermakna potensi untuk hamil sangat rendah, kerana haid yang normal lazimnya menandakan persenyawaan (pada sekitar 8/3) telah gagal berlaku.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























