
Sulit
4 tahun
Period lambat bila tukar pil perancang
Saya berumur 42thn. Selepas bersalin saya mengambil pil noriday…period seperti biasa… Bila ank sudah tidak menyusu badan saya minta untuk tukar pil. Nurse sarankan saya ambil pil regulon.jadi bila tukar ke regulon saya lambat datang period.apa patut saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan tentang masalah yang sedang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, perkara tersebut adalah normal disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 ke 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah di antara 2 ke 7 hari.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Perubahan atau ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancangan keluarga atau bentuk perancang lain yang melibatkan hormon
- Tekanan emosi atau stres
- Sindrom polisistik ovari
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Sekiranya perkara ini berlarutan, sila berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan akan diberikan sekiranya perlu.
Anda juga dinasihatkan untuk merekodkan kitaran dan aliran darah haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.