
Sulit
5 tahun
Period lambat dan makin berkurang hari
Saya wanita 21 tahun, sebelum ni period saya dalam tempoh 7 hari kemudian lama kelamaan semakin berkurang hari setiap kali tempoh haid… Sehingga bulan lepas hanya 3 hari(hanya satu hari darah keluar banyak),
saya tidak pernah melakukan seks dan belum berkahwin. Adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Justeru, walaupun berkurang, tempoh lama haid anda masih dalam batas normal yang mana ini belum menandakan sebarang penyakit.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.