
Sulit
4 tahun
Period lambat dan period lebih dari tempoh normal
Hi, saya wanita yang sudah berkahwin nov 2020 dan sedang merancang untuk mempunyai anak. Period saya sebelum ini memang ‘ontime’ dalam tempoh sekitar 7-8 hari sahaja. Bermula april 2021, period saya mula lambat 1 hari dan may 2021 mulai lewat 5 hari. Tempoh period saya bulan may telah pun melebihi tempoh normal saya (7-8hari) telah menjangkau selama 12 hari dan darah lebihan yg keluar agak cair dan sedikit coklat. Saya mengamalkan folic acid, vitamin c dan jugak pati delima sebagai makanan tambahan. Saya minta pandangan dan nasihat para doktor. Terima kasih☺️

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Secara umum, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kehamilan
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.