
Sulit
3 tahun
Period lambat dan saya telah uji upt
Hi doc. Saya ingin bertanye mngenai haid saya. Tarikh pertama sye period pada 24/3 hingga 2/4. Selepas itu, saya masih belum period pada bulan april dan mei. Saya telah buat ujian upt. Tetapi negatif. Pada 25/3 saya telah mngalami kemalangan kereta. Ketika hari kedua saya period. Saya mngalami cedera di perut dan dada. Perut saya mngalami hentakan dan lebam yg mngambil masa sebulan utk surut sepanjang sye tidak sihat itu saya ade mngambil ubat tahan sakit. Adakah itu punca period saya lambat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid lewat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, selain kehamilan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kesan ubat-ubatan tertentu
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.