
Sulit
4 tahun
Period lambat datang 6 hari daripada tarikh sepatutnya
Hai…saya seorang wanita berumur 20 an…sebelum ni saya mengalamai gejala demam, batuk, selsema…dan saya mengambil ubat demam…ubat selsema dan ubat batuk…dan saya dpati pada bulan ini period saya lewat 6 hari dari tarikh yang sptutnya…adakah ini normal or ubat2 tersebut menganggu pesekitaran perid saya?..
terima kasih dr sudi jawab

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Selain itu ia juga boleh berpunca dari:
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Pengambilan ubat demam, batuk, selsema secara umumnya tidak akan menggangu kitaran haid , namun penggunaan tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan yang berikut:
- loya dan muntah (sebilangan besar sirap batuk hampir selalu menyebabkan orang muntah)
- sakit perut,
- gangguan kulit,
- degupan jantung yang tidak teratur,
- kegelisahan,
- debaran dan kekeliruan,
- berpeluh berlebihan,
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya gangguan tersebut berlanjutan atau mengganggu rutin harian anda. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!