Sulit
4 tahun
Period lambat datang dan hanya datang pada hari pertama
saya wanita berusia 21 tahun. bulan lepas period saya datang tapi darah saya warna merah sedikit sahaja dan period saya hanya berlaku pada hari pertama lepas itu period saya tidak datang datang. saya tidak menjalani hubungan seksual dan saya juga telah melakukan pregnancy test dan keputusan saya negative apakah yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, haid lewat dan berkurang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, PCOS, lapisan rahim nipis dan lain
- Penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon)
Perkara-perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
























