Sulit
4 tahun
Period lambat lebih dari 5 bulan tidak datang period
Hai, saya wanita 20 an. Saya tidak pernah berkahwin lagi, tidak pernah berhubungan seks, period saya tidak datang dari bulan jun 2021 sehingga oct 2021.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami haid yang tidak teratur serta sudah 5 bulan tiada pendarahan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalah rahim
- Penggunaan ubat perancang keluarga
- Gangguan hormon
- Masalah ovari
Berikut merupakan penyebab umum kepada masalah anda.Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar sakit puan kami bagi rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























