
fatinsya5638
5 tahun
Period lambat seminggu tapi ujian kehamilan negatif
Saya baru berkahwin pada pertengahan bulan 9/2019 … sebelum kahwin period saya teratur … kalau lewat pon cuma 1atau 2hari … kebiasaanya period sy akan datang 7hari sahaja … tapi selepas kahwin agak tidak teratur … pada bulan 10 period sy pada 15hb hingga 28hb(14hari) dan pada bulan 11 period sy pada 1hb hingga 9hb(8hari) … jarak antara period sy pada bulan 10 dan 11 cuma 3hari … dan pada bulan 12 period sy lewat seminggu … tapi bile buat ujian kehamilan(UPT) resultnya negative … adakah sy tidak mengandung ?? adakah sy mengandung ?? ataupun sy mengalami ketidakseimbangan hormon ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Memandangkan haid tidak teratur, ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengenalpasti punca penyakit anda, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.