
Sulit
5 tahun
Period Lebih 1 bulan
saya wanita berumur 30an dan sudah berkahwin…masalah saya ialah saya period lebih sebulan setiap hari keluar darah berketul2 dan kadang2 sakit di bawa perut…

5 tahun
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda seperti berlakunya gejala pening kepala, sentiasa dalam keadaan kepenatan, pitam, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.