
Sulit
4 tahun
Period lebih 15 hari dan sakit di bahagian bawah perut
Saya remaja berusia 20 tahun dan belum berkahwin. Period saya lebih 15 hari dan sekarang hari yang ke 21 dan masih keluar darah. Darah yg keluar semakin banyak dari yang sebelum ini dan ia juga seiring dengan sakit yg amat di bahagian bawah pusat serta sedikit lenguh di bahagian pinggang. Kalau sebelum ni, dalam hari yg pertama-15 hari, darah hanya keluar sedikit sahaja dan kadang² hanya keluar apabila saya membuang air kecil sahaja. Saya juga ialah penggemar coffee sehingga 2 3 kali sehari. Adakah ia berkait dengan coffee? Boleh saya tahu apa masalah yang saya hadapi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi pada masa ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala haid berpanjangan dan sakit di bahagian bawah perut, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah tiroid (hipotiroid)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Penggunaan ubat cair darah (warfarin)
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Jangkitan salur kencing
- Batu karang di dalam salur kencing
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang lebih serius. Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang /haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sila jumpa doktor dengan kadar segera lebih-lebih lagi jika anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pening kepala
- Pitam
- Pucat
- Lemah badan
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami, terima kasih.