
Sulit
4 tahun
Period lebih daripada 14hari dan selalu sakit kepala
biasa period paling lama 14hari.ni dah lebih 5hari.dan selalu sakit kepala bila tengahari. bila malam susah nak tidur. First time kena. takut pun ada. tiap kali nak solat memang kena tukar pad. ada solution untuk bagi darah berhenti ke

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Perkara ini memerlukan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor pakar untuk menangani masalah yang dialami oleh anda. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda juga, perkara ini memerlukan anda berjumpa dengan doktor segera. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin jika anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Pucat
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Pitam atau hampir pitam
- Sakit perut atau ari-ari
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian, tidur dan seksual anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.