
Sulit
3 tahun
Period lebih tempoh selama 22 hari
saya berumur 26 tahun.period saya selalu on time sebelum ni.tapi skrg saya period sudah masuk hari ke 22.sebelum benda ni terjadi saya juga mengalami masalah keputihan yang banyak dan berbau serta masalah kencing tidak lawas dimana sebelum ini tidak pernah berlaku.saya juga mudah berasa letih dan tulang selalu sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca pendarahan anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mengalami gejala di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Air kencing bercampur darah atau/dan nanah
- Pendarahan dari faraj yang tidak berhenti
- Lemah badan
- Loya dan muntah
- Sakit atau/dan pening kepala
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pitam atau hampir pitam
- Dada atau jantung berdebar
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.