
nurdalila5202
4 tahun
Period lewat 11 hari dari tarikh period sepatutnya datang
Sy wanita berumur 33 tahun… Last period sy adalah 8hb julai… Sehingga kini period xdatang…kerap sakit pinggang dn ari2… Terhentak sikit dalam kereta mesti terasa sakit… Cepat letih dn mudah marah… Sentap… Menangis…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara penyebab haid lewat adalah:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda disarankan untuk menjalankan ujian kehamilan jika anda pernah atau aktif menjalankan hubungan seksual dengan pasangan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.