Sulit
4 tahun
Period lewat 2 bukan
Sy wanita 30an dan sy mempunyai masalah period lewat dan kitaran haid tidak menentu. Jadi, sy pergi ke farmasi utk beli ubat lancarkan period dan pembantu farmasi memberi ubat tersebut kepada sy (Dienille film-coated tablets). Boleh terangkan cara pengambilan ubat tersebut kerana sy tidak faham. Pembantu farmasi cakap sehari sebiji dan sepupu sy yg bekerja di sebuah klinik mengata ubat in untuk orang dah berkahwin dan ingin merancang kehamilan. Sepupu sy cakap perlu ambil ubat ini hari pertama period mengikut pada tablet tersebut mempunyai hari bagi setiap biji. Jika perlu diambil hari pertama period, agak mustahil sebab sy belum datang period. Sy harap doktor boleh bagi penjelasan.
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui tentang cara pengambilan Dienille film-coated tablets. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat perancang biasa digunakan untuk mengatasi masalah haid tidak teratur. Kebiasaanya, ubat perancang perlu dimulakan dari hari pertama selepas tamat haid untuk mencegah kehamilan secara efektif. Namun, memandangkan anda menggunakan pil ini untuk masalah haid tidak teratur anda, anda boleh memulakan pengambilan pil ini tanpa kira waktu haid. Pastikan anda mengambil pil tersebut pada masa yang sama setiap hari. Sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat mengenai cara pengambilan ubat perancang yang lebih tepat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























