
hudaateh2803
5 tahun
Period lewat 2minggu dan test upt negatif
Saya ibu kepada 3 org anak. Kebiasaannya recycle period saya akan tepat dan cuma kadangkala sahaja lari 2-3 hari. Tetapi kini saya lewat 2 minggu. Dan test upt adalah negatif. Adakah saya mengandung? Bila waktu terbaik untuk saya test upt semula?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kedatangan haid yang lewat boleh disebabkan faktor seperti:
- Anovulasi - tiada ovulasi pada bulan tersebut
- Kehamilan - ujian mungkin tidak sempurna kerana hormon kehamilan masih lagi rendah
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Anda boleh menguji kehamilan pada waktu pagi pada bila-bila hari kerana sudah 2 minggu haid anda tidak datang. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.