
Sulit
4 tahun
Period lewat 5 hari, pening², loya dan perut berangin
Period lewat 5 hari, terasa pening,loya dan perut berangin. Sekitar dada terasa sedikit sakit kadang kala jd tegang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan gangguan kitaran haid atau haid lewat. Antaranya ialah:
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!