
Sulit
4 tahun
Period lewat beberapa hari selepas dirogol
hai saya berumur 15 tahun dan dirogol di kampung seminggu sebelum raya haritu, selepas 12jam mak dah bagi makan postinor dan seminggu lepastu saya buat upt result dia negative then beberapa hari lepastu saya period, tapi bulan ni saya tak period lagi, saya selalu period dalam 2hb. lepastu kalau kencing kadang kadang ada lendir darah keluar, kenapa eh? and ada possibilities ke untuk saya mengandung? thankyou doc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Perlu untuk diketahui bahawa rogol merupakan suatu jenayah. Sehubungan itu, anda dinasihatkan untuk pergi ke Bahagian Kecemasan hospital kerajaan yang terdekat bagi melaporkan kes ini kepada doktor. Selepas itu, anda hendaklah membuat laporan polis kerana hal ini adalah berkaitan dengan kes jenayah.
Ketahuilah bahawa hak anda adalah dilindungi oleh undang-undang. Sila dapatkan bimbingan dan dukungan dalam menghadapi situasi ini dengan menghubungi hotline / helpline persatuan-persatuan yang dapat membantu anda menangani krisis ini seperti dibawah:
Talian Kasih Nur: 15999
Women’s Aid Organisation: (03) 7956 3488
Berkenaan dengan masalah haid lewat. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Berdekatan menopaus
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca haid lewat ands. Anda tidak perlu berasa takut dan saya percaya anda akan membuat keputusan yang bijak bagi melindungi diri anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.