
Sulit
4 tahun
Period lewat dan berasa bimbang
Saya wanita 20an dan ingin mendapatkan kepastian. Jika bersama ketika subur dan pasangan buang luar. Adakah kemungkinan untuk hamil itu ada? Waktu subur saya awal bulan 4. Tarikh period saya untuk bulan 4 adalah 14/4. Sampai sekarang saya belum period lagi. Saya agak risau kerana saya tiada perancangan untuk hamil lagi buat masa sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 9 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Jika tiada persetubuhan berlaku, peluang untuk hamil adalah sangat tipis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.