
Sulit
4 tahun
Period Lewat, Pening, Mual tapi upt -ve
hi,saya nak tanya tentang masalah yang saya hadapi sekarang,saya belum period sampai keharini,sebelumni tiada masalah apa-apa cuma 2 bulan lepas period saya pada 23/08/20-28/08/20 & 24/09/20-29/09/20 tapi untuk bulan oktober masih belum period. Saya cek upt tp -ve tapi simpton untuk datang bulan seperti sakit pinggang,kejang perut ada sepanjang tarikh sepatutnya period dan sampai sekarang rasa tu ada berserta rasa mual tapi tak muntah,cepat lapar,letih badan rasa nak tidur je. Perut saya sekarang terasa kembung dan sedikit bulat. Mulut rasa berair seperti nak makan sesuatu. Tak pernah jadi sebelumni.Kadang terjaga tengah malam rasa mual dan lapar. Tapi cek upt tetap -ve. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid lewat. Ujian kehamilan merupakan kaedah untuk memastikan seseorang itu hamil atau tidak. Ia biasanya akan positif setelah 2 minggu tidak didatangi haid. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!