
Sulit
3 tahun
Period lewat tetapi upt negative
saya wanita berumur 26thn dan baru berkhawin setahun. sepanjang saya berkhawin period saya teratur dan tak pernah lewat. tapi, bulan ni saya dah lewat 11 hari. Last sy period 2/11/2021. saya dah buat UPT pada 3hari period. dan resultnya samar-samar. Saya cuba buat kali kedua pada hari ke 6 lewat. Keputusannya negative. Dan saya telah pergi ke klinik pada hari ke 8 period lewat. Dan doc mengatakan saya tidak mengandung hasil dri keputusan scan. Semasa diklinik, saya tidak dapat membuat ujian UPT kerana saya tidak mempunyai air kencing walaupun dah satu jam saya menunggu.
Sekarang, kadang-kadang saya mudah penat. Saya rasa bau orang memasak busuk. Dan, apabila saya masuk ke kereta, saya rasa pening.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid lewat anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan