
Sulit
4 tahun
Period melebihi 17 hari
Hai, saya berusia 23 tahun, ada seorang anak and pada bln lepas 29/8 ada my first day of period. Tapi yg membimbangkan saya ada lah, smpai ke hari ni darah masih ada. Saya pernah ambil suntikan tp saya hentikan terus tanpa consult to doctor sejak selera makan saya naik mendadak… Adakah saya sedang mengalami kesan dari ubat tersebut atau saya perlu merujuk ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid yang berpanjangan.
Haid yang berpanjangan seringkali melanda wanita. Terdapat banyak sebab yang menjurus kepada kondisi ini. Sebab-sebab ini boleh diklasifikasikan kepada faktor sistem badan atau faktor penyakit pelvis.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Faktor sistem badan :
- ketidakseimbangan hormon
- penyakit tiroid
- kesan pengambilan ubat seperti ubat cair darah, injeksi hormon
Faktor penyakit pelvis :
- fibroid
- Keradangan pelvis
- penggunaan IUD
- kanser ovari
Melihat kepada situasi anda, injeksi hormon yang diambil biasanya menyebabkan haid tidak teratur. Sekiranya haid anda masih berpanjangan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.