
Sulit
4 tahun
Period problem. tetapi sebelum ini period saya teratur sahaja
saya wanita berumur 21tahun. bulan lepas period saya 1/11-5/11. based on my period calendar should be 29/11 saya dah period. Tetapi period saya tak datang hingga lah sekarang. Saya ada makan pil sunolut pada 4/12-8/12. Saya juga ada buat pregnancy test dan keputusan negatif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid.
Untuk makluman anda, sekiranya anda tidak datang haid, ia bukan sahaja bermaksud anda hamil atau tidak, masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Pengambilan pil Sunolut memerlukan sehingga pengambilan ke hari 25 iaitu habis pek pil untuk memberikan kesan. Sesetengah wanita akan mempunyai penurunan darah haid dengan mengambil sedikit sahaja pil ini manakala sesetengah wanita pula memerlukan penghabisan pek pil untuk melihat hasil tersebut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau kerana tidak datang haid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!