
Sulit
3 tahun
Period saya dah lama xdtg doctor
Period saya last datang bulan 11 dan bulan 8 haritu sampai skrg masih xde lgi

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami
Kami memahami kekhuatiran anda tentang masalah kitaran haid yang terakhir datang pada bulan 11 dan 8 tempoh hari, Oleh itu kami akan cuba untuk membantu anda dalam menerangkan kemungkinan yang boleh menjadi punca berlakunya masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Namun haid yang terlambat melebihi 6 bulan seperti yang anda alami perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi sekiranya umur anda masih di usia reproduktif (masih muda).
Hal ini kerana, ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Dengan itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi