
Sulit
4 tahun
Period saya delay sudah 2 minggu
Saya ada bersama pasangan saya sehari sebelum haid, keesokan harinya saya datang haid. Adakah kemungkinan kehamilan berlaku? Haid saya sudah delay 2 minggu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.