
faten.singleehin9
5 tahun
Period saya tak teratur
Saya sudah berkahwin setahun lebih nak dekat 2 tahun… Sebelum saya kawen period saya ok teratur je tapi selepas kawen period saya terus tingtong 10 bulan saya x period tiba2 buat upt positif saya pergi klinik buat scan doktor cakap kandungan saya masih baru bila doktor tanya bila last period? Saya jawab 10 bulan yang lepas doktor tu buat muka blur sebab ingat saya main2 bila saya dah explain doktor bagi date sebulan… Doktor suruh datang bulan depan nak scan lagi sekali sebab kandung baru seminggu atau 2 minggu susah nak detect tapi kantung dah nampak… Tapi lepas 2 minggu sy scan tu tiba2 saya keluar darah dan mcm lendir putih panjang tp lendir tu macam keras tapi darah x banyak… Saya pergi hospital buat rujukan doktor dah check apa semua mereka kata saya gugur… Start lepaa gugur tu sampai sekarang saya masih belum period dan sekarang baru seminggu habis makan ubat turun darah tapi tetap xturun darah… Ada cara penyelesaian x doktor…?? Saya nak hamil macam orang lain juga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid lewat adalah apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.