
yattbotak
5 tahun
Period sebulan 2kali
Aslkm… hai doctor sy berusia 30 tahun…last sy amil prancag keluarga y ccuk tu January 2019… lpas sy stop period sy JD xmnentu… bln 3 sy alami period slme sbln. Sejam sllu tukar pad… lpas Tu bln 5 sy period 27/5- 4/6. Pastu 10/6 - 14/6…
Skrg bln 7… period sy 5/7 - 9/7…
Ni period dtg lg 17/7 - 21/7
Sy harap doc dot kwn soalan sy…
Sy keliru knpe period sy JD Gini… adakah Kerna hormon…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa kesan sampingan apabila anda baru sahaja mengambil atau berhenti dari menggunakan perancang keluarga berasaskan hormon seperti suntikan depot ataupun pil perancang Antaranya ialah:
- pendarahan tidak teratur kerana badan masih menyesuaikan diri dengan perubahan hormon
- kitaran haid yang tidak teratur
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.