
Sulit
4 tahun
Period sedikit sahaja
Saya wanita 27 tahun, sudah usaha untuk anak ke 2, bulan 10 saya period pda 2/10-8/10, pada 2/11 pula saya period tapi selama 4 hari hanya sikit sahaja, adakah itu darah implantasi hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid.
Untuk makluman anda, darah implantasi biasanya berlaku 10-14 hari selepas melakukan hubungan kelamin. Pendarahannya adalah sedikit dan tidak berpanjangan. Sekiranya anda ragu ragu tentang kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan setelah dua minggu lewat haid.
Selain itu, masalah haid sedikit juga boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda masih ragu ragu dengan kondisi anda, sila berjumpa dengan doktor di klinik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.