
Sulit
3 tahun
Period sedikit upt positif
saya berumur 26 thn. sudah berkahwin lima bulan. baru baru ni ada buat scan rahim, ada satu cyst bersaiz kecil. doktor cuma suruh jaga pemakanan dan pantau sebulan sekali.
baru baru ni saya period saya lewat dua hari, saya cuba buat upt. result positive tp samar samar. then saya period, hari pertama keluar sedikit darah warna light cuma sekali. then cuma keluar sedikit tompok coklat cair macam akhir akhir period. dah hari ke empat keluar coklat dan coklat tu semakin jernih. tak lekat kat panties, kena sapu dengan tisu baru ada. ni first time jadi mcmni. biasa saya period banyak darah.
persoalan, adakah cyst menyebabkan period saya tersekat? adakah cyst juga boleh menyebab kan upt positif samar2?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi positif palsu seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Masalah buah pinggang
- Ovarian cyst
- Ovarian cancer
- Masalah kelenjar pituitari
Secara umum spotting boleh berlaku disebabkan oleh :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Saya sarankan anda untuk melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah 2 minggu haid lewat untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!