
Sulit
4 tahun
Period selama 14 hari dan darah berwarna coklat
saya wanita berumur 22. saya mengalami masalah datang bulan selama 14 hari dan esok hari ke 15. sepanjang 14 hari sya datang bulan darah berwarna coklat dan tidak banyak. pada hari ke 2-5 darah berwarna coklat pekar kehitaman . saya tidak pernah mengalami masalah ini sebelum ini.adakah ia berbahaya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah haid berwarna coklat kehitaman yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Darah lama
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Pendarahan implantasi kehamilan
Terdapat beberapa punca juga yang boleh menyebabkan haid anda berpanjangan seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau serviks
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.