
Sulit
3 tahun
Period selepas bersetubuh dengan suami
Saya wanita 20an saya lepas besetubuh dengan suami saya esok nye saya terus period selepas saya hbis period boleh ke tanpa bersetubuh lagi terus saya megandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan jika anda boleh hamil selepas haid tanpa bersetubuh dengan suami. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, kehamilan berlaku apabila ovum dan sperma bersenyawa dan melekat di dinding rahim, kemudian membesar menjadi embryo dan seterusnya.
Untuk proses ini berjaya berlaku, kewujudan sperma dan ovum mestilah ada. Datangnya haid menandakan lapisan darah pada dinding rahim anda telah turun dan ini menandakan tiada persenyawaan berlaku.
Sperma boleh hidup di dalam rahim wanita selama maksimum 3-5 hari sahaja. Kebiasannya, ovum keluar ketika pertengahan kitaran haid dan adalah mustahil untuk sperma suami anda masih hidup selepas anda habis haid.
Oleh itu, adalah mustahil untuk anda hamil tanpa persetubuhan selepas anda habis haid.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Sila rujuk doktor bagi pertanyaan lanjut tentang kehamilan.
Terima kasih.