
Sulit
3 tahun
Period selepas melakukan hubungan seks
Hai doktor , saya berumur 20 tahun . Saya melakukan seks dengan pasangan pada 15&16 hari bulan . Pada 15 hb , pasangan saya memakai pelindungan dan manakala 16 hb , dia tidak pakai . Tetapi , saya telah mengambil pil kecemasan pada 16 hb , petang . Selepas itu , saya terus period pada 17 hb selama seminggu .period saya setiap bulan selalu akan datang pada setiap 19/20 hb . Tetapi selepas habis period , saya mendapati masih ada spotting yg berwarna coklat . Apakah saya hamil atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini dan saya akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancan kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, puan boleh menghubungi doktor ataupun doktor pakar sakit puan kami secara atas talian.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.